So semua orang berpusu-pusu ke masjid time lunch hour untuk solat Jumaat. Tapi ade je yang tangguh-tangguh solat, pergi makan dulu..lepak-lepak dulu. Last-last tertinggal solat Jumaat. Sepanjang solat tadi, banyak terfikir dan merenung kenapa Allah adakan solat Jumaat dan harus bagi para Khalifah lelaki dan pemimpin-pemimpin ini untuk hadir menunaikan berjemaah..
Bila direnung-renung, masyaallah..banyak khasiatnya. Selain berkumpul dan merapatkan hubungan sesama pemimpin dan ketua keluarga, tahukah anda bahawa solat berjemaah itu sendiri boleh menyihatkan tubuh badan??
Kenapa diwajibkan berdiri dan saf rapat-rapat menyentuh bahu ke bahu? Secara saintifiknya, apabila badan manusia bersentuhan, akan wujud satu daya tarikan dan gelombang dari dalam badan yang positif. Secara tidak langsung saraf kita akan bergerak aktif dan pertukaran cas badan berlaku sesama pasangan yang bersentuhan.
Jadi apabila bahu bersentuhan, dan bukan sekadar 2 orang tetapi lebih daripada 100 orang dalam suatu masa, bayangkan betapa kuatnya tenaga positif yang terhasil dari sentuhan itu? Secara umumnya badan manusia mempunyai cas -ve yg baik untuk badan. Cas ini mengalir disegenap tubuh badan kita dan mampu disalur keluar. Oleh sebab itulah walaupun sakit, disarankan solat berjemaah juga di masjid. Insyallah sedikit sebanyak mampu membantu memulihkan sebarang penyakit yang kita alami.
Sayangnya.......
Ramai yang bersolat sekarang sekadar memenuhi masjid dan menjalankan tanggungjawab solat sahaja. Saf bukan sahaja tidak rapat, malah tidak dipenuhkan.
Tahukah anda wahai sang berjemaah, kalau saf tak dipenuhkan, saf-saf belakang semua tak dikira berjemaah?? Rugi x?
That's why just now saya berada di saf belakang, saya tunggu kalau-kalau ada saf depan yang masih belum diisi penuh dihadapan. Risau kalau xpenuh, dan kita tak ambil berat.
Renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment