Saturday, March 5, 2011

Al-kisah Kita-Syaitan

Satu hari syaitan berhajat untuk mengekori dan menyesatkan seorang makhluk manusia ini. Syaitan ni awal-awal sebelum subuh lagi sudah datang dan tunggu sebelah katil manusia ini. Manusia ni bernama Kita. Sedengar nya azan, syaitan ini kepanasan dan berlari menyelamatkan diri. Lalu dia menyorok di suatu tempat yang agak selesa baginya dan tidak menghalang baginya untuk melihat gerak geri Kita. Setelah sekian menunggu Kita untuk bangun subuh, Kita tidak juga bangun. Syaitan ini mula merasa gembira kerana kerjanya senang kali ini.
HAHAHA..Manusia ini bukan musuhku..malah kawanku! Ayuh teruskan tidur wahai kawanku..

Jam menunjukkan pukul 8am. Kita terperanjat bangun dek bunyi jam yang begitu kuat. Begitu jugak terkejutnya Sang Syaitan. Setelah bersiap, Kita terus berangkat ke ofis dengan tergesa-gesa. Walaubagaimanapun, Syaitan tiada kenderaan untuk mengekori Kita, jadi Syaitan terpaksa berjalan kaki sahaja.. 'Tak apalah' kata Syaitan.. 'Zohor lambat lagi..nanti aku sampai, pastinya sebelum masuk waktu zohor' katanya Syaitan lagi..
Setibanya di ofis Kita, kurang 10minit sebelum Zohor, benar anggaran masa Sang Syaitan. Lalu Syaitan naik ke ofis Kita dan tunggu disebelah Kita. Setelah masuk waktu Zohor, Syaitan mula rasa pelik.. 'Aii..tak pegi solat ke Kita ni?? Dah masuk waktu ni..tak sedar ke? Syaitan mula berbisik dan hasut kawan kepada Kita untuk memerli Kita, 'Oii Kita, aku nak gi solat dulu..ko nak aku solatkan untuk ko ke tidak hari nie?? Hahahaa...' kata kawan Kita. Kita hanya senyum dan teruskan kerjanya. Syaitan pun tersenyum dan teruskan menunggu lagi...
Allahuakbar Allahuakbar!! Bergema azan Asar di televisyen ofis Kita. Terbakar Syaitan lalu bergegas lari ke tandas untuk dapatkan perlindungan. Namun jauh dari sudut tandas, Syaitan melihat Kita masih tidak bangun untuk menunaikan solat Asar, apatah lagi untuk solat Zohor yang ditinggalkan tadi. Syaitan pun gelak ketawa..
Hahahahahahaa...Ini bukan kawanku..Ini Sahabatku! Tidakku sangka aku berjumpa sahabatku disini.

Tamat waktu bekerja, Kita keluar dan terus masuk ke kenderaan menuju ke rumah semula. Walaubagaimanapun, sepanjang perjalanan ke rumah, JEMM.. Jadi Syaitan mengambil keputusan untuk gerak dahulu dan tunggu dirumah nanti. Setelah berjam-jam menunggu, jam menunjukkan pukul 7.30pm. Syaitan pelik, dimanakah Kita ni pergi tidak pulang-pulang ke rumah. Syaitan pun menghubungi operator GPSS(Global Pengesan Sahabat Syaitan) untuk mengenalpasti kedudukan Kita dimana. 'Owhh..kat kedai makan rupanya. Dengan siapa?? Kawan jiran?? Okey-okey, aku datang segera..'. Jadi Syaitan pun ke kedai makan yang Kita singgah tu. Kelihatan Kita sedang makan sambil berborak-borak dengan kawan-kawan Kita.
'Isyhh...Kita ni tak pergi Solat Maghrib ke?? Dah la Asar pun ntah ke mana?? Sapa Kita ni sebenarnya.. ni bukan Sahabat aku..ke Kita nie Boss aku??' bisik Syaitan yang mula meragui gerak geri Kita sepanjang hari tersebut..
Kemudian Azan Isyak bergema, Syaitan walaubagaimanapun telah bersiap sedia menunggu didalam tandas untuk melindungi diri. Kelihatan Kita masih bersama rakan-rakannya. Setelah jam menunjukkan pukul 9pm, barulah Kita berangkat pulang ke rumah yang tidak jauh dari kedai makan tadi. Setibanya Kita dirumah, Kita terus dapatkan tuala lalu mandi. Syaitan pun menunggu apakah langkah Kita seterusnya. Setelah setengah jam mandi, Kita pun keluar. Kita keringkan badannya, mengenakan pakaian lalu baring diatas katil empuknya sambil bermain dengan telefon bimbit. Selang beberapa minit, Kita tertidur.

Syaitan terus berang dan berkata.
'Mulai dari sekarang, aku bukan kawan mu! Aku juga bukan sahabat mu! Aku yakin kamu bukan Bos ku! Dan aku tahu kamu pasti akan bersama ku kelak di Neraka, namun aku tidak mahu bersamamu!!
Aku Syaitan!! Kerana akan tidak Menyembah Allah sekali sahaja. Tapi kamu!! Kamu tidak menyembah Allah bukan SEKALI, bukan DUA KALI..tapi LIMA KALI!! Selamat tinggal Kita! Aku pasti kita tidak akan berjauhan nanti DISANA...

2 comments:

  1. sumpah terbakar.panas gle.nice post.

    ReplyDelete
  2. http://cyrusdavirus.blogspot.com/2011/03/welcome-new-blogger.html

    ReplyDelete