Monday, February 28, 2011

Tun Dr.Mahathir

Semenjak beberapa minggu lepas, rajin betul dengar puisi dan ucapan dari Tun Dr Mahathir. Kata-kata beliau sangat kebapaan. Dengar macam ucapan dari seorang ayah kepada anak yang disayangi iaitu rakyat jelata.

Tun Dr.Mahathir
Tersentuh dengan sajak beliau yang bertajuk "Perjuangan Belum Selesai". Beliau bacakan dengan penuh perasaan. Jauh dalam sudut hati beliau betul-betul mahu melihat anak bangsa beliau ini berubah dan hargai pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu.
And the best part is, there is one local artist care and start to take action on his poet. Malique TooPhat in his song 'Layu', turn few of the poet line into a song which is suitable with young age understanding.

Sunday, February 27, 2011

Hidup Yang Susah atau Hidup Yang Boring

Hidup kita ada naik dan turun. Paling seronok apabila kita ada diatas dan paling teruk apabila kita berada di bawah. Senyum dan murung banyak bergantung kepada situasi dan status emosi kita pada masa itu. walaubagaimanapun, apabila kita selidik semula, perkara utama yang terlibat dalam kedua2 situasi samada atas atau bawah, adalah 'Beringat'.

Ramai orang mudah lalai atau terlupa. Bila ada duit banyak, boros belanja sampai habis. Bila sudah jatuh teruk, baru hendak menyesal macam, itu ini disalahkan. Betul?? Oleh itu penting untuk kita beringat dalam semua situasi,apabila di atas, maintain untuk sentiasa berada di atas. Bagaimana?? Dengan cara perbaharui diri sendiri, bantu orang lain dan buat persediaan atau 'Backup Plan'. Bila kite jatuh pula, rakan dan family biasanya tempat kite luahkan. Tapi bagi mereka yang selalu duduk bersendirian, this is the moment where by die akan sangat depress dan tension. So be with somebody.

Ape yang berlaku semuanya ujian. Yang paling penting sekali kita kena tahu, whats next!?
Berjaya dan gagal semua itu ujian dari Allah. Bila berjaya, die nak tengok setakat mana kite bersyukur. Bila kita gagal, die nak tengok sekuat mana kita hendak bangkit dan kembali kepada-Nya.

Ada juga yang mempersoalkan, kenapa orang yang selalu tidak beramal dan asyik buat dosa, tapi rezeki deberi dengan banyaknya.Itu la ujian yang Allah bagi pada..beri untuk menyesatkan. Lihat samada dia akan lalai sehingga mati atau dia akan beringat. Akhirannya samada Syurga atau Neraka. Kalau fikirkan adil atau tidak, Allah itu Maha Adil. Diberi kekurangan disini, dilebihkan kelebihan disana. Ingat suatu perkara, kita hidup atas dunia untuk menjalankan tanggungjawab kita kepada-Nya. Badan dan jasad hanyalah alat atau kenderaan untuk kita bergerak atas bumi ini. Dia bagi kita pinjam. Harta benda suma kemudahan extra sahaja. Most important thing is what do we do with all the thing Allah give to us.

Renung-renungkan dan selamat beramal lah!
Heee...but honestly life hard, easy, boring..who are we to complain..?
Just live life to the fullest..